Thursday 26 February 2015

HaLoCAR KERETA SEWA | SERI KEMBANGAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Pada entri kali ini, kami ingin membuat review berkenaan tempat pula. Tempat kali ini kami pilih Seri Kembangan kerana kami memang beroperasi dari sini.

Seri Kembangan, dahulunya dikenali sebagai Serdang New Village. Kami dikira beruntung kerana beroperasi di sini kerana kemudahan di sini adalah berpusat yang meliputi shopping complex, pasar borong, kawasan industri kecil dan kawasan penempatan yang selesa dan banyak serta masih di kategorikan berpatutan.


Lihat peta yang bertanda merah, itu adalah kawasan liputan Seri Kembangan. Di sini terdapat kemudahan Pasar Borong Selangor yang beroperasi 24 jam, AEON Shopping Mall, Giant Hypermarket, Mines Shopping Mall dan pelbagai lagi pusat-pusat perdagangan yang berada di Seri Kembangan.

Selain itu, akses yang mudah ke Selatan (melalui lebuhraya ELITE) dan Utara (melalui SKVE seterusnya bersambung ke NKVE) menjadikan Seri Kembangan berada di lokasi yang strategik. Jika ingin ke Kuala Lumpur pula, tak perlu runsing, kerana MEX Highway ada. MEX Highway juga dalam pembinaan membuat satu laluan keluar (EXIT) ke Seri Kembangan. Bertuahnya kerana menjadi salah seorang warga Seri Kembangan!

Sekiranya anda mencari tempat membawa keluarga berjalan-jalan di Seri Kembangan, di mana tempat yang paling sesuai untuk membawa keluarga anda? Anda pernah dengar Farm In The City? Ya, disitulah tempat menarik untuk anda berkunjung melihat binatang serta beramah mesra dengan binatang.

Dan satu lagi kelebihan Seri Kembangan adalah, ia hanya memerlukan 10 minit pemanduan ke Putrajaya atau Cyberjaya, 15 minit ke UPM atau UNITEN, dan 30 minit ke KLIA atau KLIA2.

Cukup dengan karangan. Jom layan gambar pulak.

Farm in the City...


Pasar Borong 24 jam...
Kredit photo: http://sayaiday.blogspot.com




MEX Highway...
nice pic of MEX from lowyat.net


Sekian saja untuk entri kali ni. Nanti kita review kawasan sekitar Seri Kembangan pula.


Anda inginkan kereta sewa untuk berhujung minggu?

Hubungi kami segera untuk menempah kereta anda:

0125216700 - Hafiz
0177099095 - Wan 

Online Booking: http://halocar.net

Monday 16 February 2015

HaLo: MPV Toyota Vellfire for rent (promo CNY)

Hello and good day,

In this posting, we are specifically focusing on MPV Toyota Vellfire rental. Why? Because we are expanding our business by focusing more on MPV type vehicle.

Here are some of the images of our fleet:








All our Vellfire is 7 seater type, mixed with different specification, such as sunroof, powerboot, top mount LCD monitor, VVIP double digit no plate, privacy curtain and much more.

The rental starts from RM650 per day. But in conjunction with Chinese New Year Celebration, we give a special promotion for a limited time only. You can visit HERE for more details on the promotions.


Need a MPV for a luxury journey?

Call/Whatsapp us:

0125216700 @ 0177099095.

HaLo: Penjagaan Bateri

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

posting kali ni kami nak share pengalaman kami berkenaan  bateri kereta. Kereta Perodua Viva kami memang dah sampai masa nak tukar bateri, tapi pengalaman perit yang kami lalui ni memang mengajar kami untuk lebih berjaga-jaga dan sentiasa menjaga air bateri supaya tidak kering.


KISAH 1:

Kami sewakan kereta Viva kami kepada regular kami, biasanya brader ni akan sewa Myvi, tapi kali ni dia nak sewa Viva saje. Oklah, kami pun deliver macam biasa tanpa mengetahui yang pengalaman 2 hari berikutnya adalah perit.

Keesokan pagi, kami dapat SMS dari brader penyewa bagitahu kereta berasap, bila dia check, air bateri KERING KONTANG! Dia pun isikan air bateri seterusnya hantar bateri untuk di cas semula. Kami fikir, nak kena tukar kereta ni untuk elakkan masalah lebih teruk, tapi brader ni bagitahu ada di kampung di Banting dan dia cakap kereta dah ok.

Seterusnya, petang tu dia inform lagi, kereta masuk bengkel untuk dicas bateri, puncanya sebab kereta tak boleh nak start. Bila di mintak nak tukar kereta, brader ni inform masih di kampung. Sebab kami rasa dia boleh handle, kami biarkan saja tapi dalam hati cepat-cepatlah kereta tu dipulangkan.

Hari kereta tersebut hendak dipulangkan, memang sah, tersadai dekat parking rumah brader ni. Jump start ke, start up etc memang tak jalan. Memang kami dah prepare bateri baru siap-siap. So masa ambik kereta, kami masukkan bateri baru, vroomm...kereta berjalan spt biasa. Dan, untuk menjaga hati beliau, kami pulangkan semua duit sewa brader ni sepanjang dia sewa tanpa kami kenakan sebarang cas, kira macam kos ganti rugi masa dan emosi la.

Tak habis kat sini, rupa2nya, sebab banyak kali dicas, banyak wayar yang shot. Lampu brek semua padam, hazard padam, hon tak ada dan banyak benda-benda kecil yang lain yang rosak semua bersangkut paut dengan elektrik kenderaan. Memang pasrah, sebab kos bateri yang di beli, RM130, wiring,mentol,fius etc dah makan lagi kos RM110. Mental betul. Habis kisah Viva 1.

KISAH 2:

Ini regular kami yang sewa secara bulanan kereta kami, juga VIVA. Dia bagitahu kereta tak boleh start masa nak pergi lunch. Kami bergegas ke tempat beliau bertugas di KLIA dan seterusnya tukar kereta lain berserta bateri serba baru.

Tak ada yang sadisnya kereta ni, cuma kereta yang kami bawak untuk operasi menyelamat (juga Viva) yang ditukarkan bateri yang dikatakan kong tu, kong selama 2 hari juga akibat masalah bateri. Kenapa 2 hari? Haaa...sebab kami sibuk lah. So biar lah sementara kereta rehat lepas jalan berbulan-bulan, apa salahnya parking bawah pokok 2 hari.


KESIMPULAN:

Rajin-rajin lah check air bateri kereta. Kami masih guna bateri sel basah sebab tahan lebih lama tapi air bateri harus di jaga sentiasa.

Nah, kami belanja gambar kereta Viva kami untuk tatapan semua.



Nak sewa kereta?

0125216700 atau 0177099095.