Thursday 26 February 2015

HaLoCAR KERETA SEWA | SERI KEMBANGAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Pada entri kali ini, kami ingin membuat review berkenaan tempat pula. Tempat kali ini kami pilih Seri Kembangan kerana kami memang beroperasi dari sini.

Seri Kembangan, dahulunya dikenali sebagai Serdang New Village. Kami dikira beruntung kerana beroperasi di sini kerana kemudahan di sini adalah berpusat yang meliputi shopping complex, pasar borong, kawasan industri kecil dan kawasan penempatan yang selesa dan banyak serta masih di kategorikan berpatutan.


Lihat peta yang bertanda merah, itu adalah kawasan liputan Seri Kembangan. Di sini terdapat kemudahan Pasar Borong Selangor yang beroperasi 24 jam, AEON Shopping Mall, Giant Hypermarket, Mines Shopping Mall dan pelbagai lagi pusat-pusat perdagangan yang berada di Seri Kembangan.

Selain itu, akses yang mudah ke Selatan (melalui lebuhraya ELITE) dan Utara (melalui SKVE seterusnya bersambung ke NKVE) menjadikan Seri Kembangan berada di lokasi yang strategik. Jika ingin ke Kuala Lumpur pula, tak perlu runsing, kerana MEX Highway ada. MEX Highway juga dalam pembinaan membuat satu laluan keluar (EXIT) ke Seri Kembangan. Bertuahnya kerana menjadi salah seorang warga Seri Kembangan!

Sekiranya anda mencari tempat membawa keluarga berjalan-jalan di Seri Kembangan, di mana tempat yang paling sesuai untuk membawa keluarga anda? Anda pernah dengar Farm In The City? Ya, disitulah tempat menarik untuk anda berkunjung melihat binatang serta beramah mesra dengan binatang.

Dan satu lagi kelebihan Seri Kembangan adalah, ia hanya memerlukan 10 minit pemanduan ke Putrajaya atau Cyberjaya, 15 minit ke UPM atau UNITEN, dan 30 minit ke KLIA atau KLIA2.

Cukup dengan karangan. Jom layan gambar pulak.

Farm in the City...


Pasar Borong 24 jam...
Kredit photo: http://sayaiday.blogspot.com




MEX Highway...
nice pic of MEX from lowyat.net


Sekian saja untuk entri kali ni. Nanti kita review kawasan sekitar Seri Kembangan pula.


Anda inginkan kereta sewa untuk berhujung minggu?

Hubungi kami segera untuk menempah kereta anda:

0125216700 - Hafiz
0177099095 - Wan 

Online Booking: http://halocar.net

0 comments:

Post a Comment