Wednesday 22 March 2017

HALOCAR RENTAL | TIPS KE KOTA KINABALU - 012 521 6700 Kereta Sewa Kuala Lumpur

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Hari ni, admin nak berkongsi tips-tips untuk ke Kota Kinabalu (KK).
Mungkin ramai yang dah sampai ke sini, tapi bagi admin sendiri, 3 kali ke sini memang tak pernah puas dan berbaloi-baloi.

Penerbangan kami dari KLIA2 ke KKIA memakan masa selama 2 jam 15 minit. Terima kasih AIRASIA untuk penerbangan murah tapi kalau dapat seat yang boleh recline lagi baik. Sepatutnya boleh tapi mungkin sebab dah rosak, tak boleh adjust. Penat woo duduk tegak je 2 jam lebih.



Ok dah landing di KK, apa nak buat? Kitorang dah planning tak nak ambik kereta sewa dulu, sebab next day nak pergi ke pulau-pulau. Jadi, solusinya, UBER la. Hahaha. Dengan tambah bawah RM10, dari KKIA ke Pusat Bandar tak sampai 15 minit, memang murah la kan.

Paling tragis bila sampai di Promenade Apartment, admin tersalah booking tarikh, tarikh yang di book adalah bulan April, bukan Mac! Apa lagi, kelam kabut mencari hotel berdekatan. Akhirnya, Marina Court Condominium jadi pilihan kami. Memang terbaik. Harga berpatutan dan lokasi yang amat sesuai. Kemudahan jangan cerita lah. Memang tip-top!

Ok, admin ringkaskan tips-tips untuk ke KK, Sabah,

1) DAY 1 - NAIK UBER KE PUSAT BANDAR KK
- selain murah, ia juga sangat memudahkan kerana banyak pemandu UBER di sekitar airport.




MAKAN MALAM - di gerai seafood, sebelah Pasar Philippines.

2) DAY 2 - TRIP PULAU MANUKAN/MAMUTIK/SAPI
- untuk ke Jeti Jesselton Point, juga digalakkan untuk mengambil perkhidmatan UBER. Buat apa sewa kereta tapi akan parking seharian di jeti. Admin susunkan kereta sewa di hantar pada petang kami balik dari trip ke pulau. Jadi, makan malam kami boleh lah pergi jauh sikit dari semalam. Huhuhu.




3) DAY 3 -  TRIP KE KUNDASANG
- on the way ke Kundasang, kami singgah di gerai lokan bakar. Gerai-gerai ini juga menjual kelapa bakar, jagung bakar dan lain-lain makanan yang sedap! Admin rekomenkan gerai Abang Amin. Selain bersih dan gerai seperti baru, lokan bakarnya sangat-sangat sedap.

Kereta kami sewa. Terbaik..Masih baru..tapi proton tetap proton. Malas nak komen lebih




- tiba di Kundasang, kami terus makan di restoran yang ada menjual kepak ayam madu. Memang femes kepak ayam kat sini, lagi-lagi yang berhampiran dengan stesen minyak.


- mana lagi lokasi menarik kat sini? Tentulah Desa Dairy Farm, Kinabalu Park dan macam-macam lagi tapi kami tak pergi semua sebab dah pernah pergi & trip kami kali ni memang betul-betul untuk menikmati keindahan alam dan santai tanpa berpeluh-peluh sangat. Hehehe.. Jadi kami pergi 3 tempat utama sahaja:

1) Desa Dairy Farm - Minum susu sambil tengok lembu kena perah susu
2) Kinabalu Park - Jalan offroad naik ke kaki gunung Kinabalu, tempat pendaki naik gunung
3) Ladang Teh Sabah - Minum petang sambil menikmati pemandangan ladang teh
kami singgah di kawasan runtuhan gunung..tapi tak boleh masuk ke dalam dah..2015 dulu sempat la tengok

- Lepas makan, kami terus ke ladang teh Sabah tea dan minum petang di situ ala-ala English. Suasana memang menarik, dengan landskap yang indah dan nyaman, juga air yang sangat-sangat teruja lazatnya. Admin rekomenkan Air CHAM, campuran teh dan kopi Tenom. Kalau tak repeat order, maknanya anda ialah alien.

Siapa pernah makan scone Cameron Highlands, boleh compare yang kat sini lagi best sebab pewarna asli, guna daun teh




- Check in ke hotel viral, Hounon Ridge Farmstay pada jam 6.30 ptg, kami sipi-sipi saja dapat lihat sunset. Takpelah, maybe takde rezeki.

Makan malam? Plan asalnya di Pekan Kundasang, untuk makan steamboat panas. Tapi untuk masuk ke Hounon pun dah bercinta dengan jalan sempit dan berlubang dan tak elok, kami buat keputusan makan di Kafe Hounon sahaja. Sedap juga, tapi apa yang anda expect untuk makan di kawasan pergunungan? Dapat makanan panas pun bersyukur amat-amat.



4) DAY 4 - HARI BALIK KE KK
- tapi sebelum balik, kami menikmati sepuas-puasnya pemandangan menarik di Hounon. Berhadapan dengan puncak Gunung Kinabalu, puncak tersebut nampak seperti rendah pula sebab apa? sebab kami memang berada hampir separuh dari ketinggian puncak gunung. Ya, dan kalau anda bangun awal, anda akan nampak cahaya dari Pekan Kundasang di seberang bukit yang kedudukannya lebih rendah dari kedudukan anda.

Pemandangan dari bilik


Pemandangan waktu breakfast



Memang pemalu habis gunung ni...asyik dilitupi awan je...


- Balik ke KK, kami singgah lagi di gerai lokan bakar. Tapi gerai Abang Amin tutup pula. Kami pergi sahaja ke gerai berhampiran dan tentulah hampa rasa dan keselesaannya. Sebab itu admin sarankan anda ke Gerai Abang Amin sahaja untuk makan lokan bakar.

- Singgah sekejap beli alat perhiasan wanita...hurm...tapi admin nak rekomen satu kedai ni. Mungkin tak murah juga tapi admin tertarik dengan gaya upsell dan servis melayan pelanggan. Tapi maafkan saya kak, saya memang nego knockdown kaw-kaw bila dah nak final deal. Itu pasal saya deal free marketing kan kedai akak kat blog picisan saya ni.hehehe..
Cari akak ni..Pintu M, gerai no 91...servis A++


Semua dah penat...tunggu flight sampai pulak

Ok setakat tu sahaja yang kami nak share. Tak susah nak ke Kota Kinabalu ni. Janji yakin je tempat mana kita nak pergi. Tak sesat punya lah. Masa 2015 kami buat road trip ke Sandakan, Kudat, Kundasang & patah balik ke Kota Kinabalu. So yang trip kali ni kira light-light sahaja. Planning pergi pun dalam masa 1 minggu sahaja. Hahaha..

Ok moga bertemu lagi. Kalau nak sewa kereta, boleh roger kami, 012-521 6700 / 012-521 6700 atau 017-709 9095 / 017-709 9095.

BLOG HALOCAR | FB HALOCAR | 012-521 6700

0 comments:

Post a Comment